Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pusat Ehsan Kuala Belait terima sumbangan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 29 OGOS – Satu delegasi dari Kelab Lions Bandar Seri Begawan (BSB) bersama Maya Silk Emporium dan Sunil Emporium, baru-baru ini, telah mengadakan kunjungan ke Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) di Kuala Belait untuk menyerahkan tabir dan TV LED 55 inci yang akan membantu menyokong program dan aktiviti pusat.

    Mengetuai delegasi ialah Setiausaha Kelab Lions BSB dan Pengarah Urusan Sunil Emporium, Sunil Ramchandani yang diiringi oleh Pengarah Urusan Maya Silk Emporium dan seorang ahli Kelab Lions BSB, Maya Sunil Ramchandani.

    Sunil menjelaskan, sumbangan TV berkenaan adalah untuk menyokong inisiatif berterusan bagi mengintegrasikan teknologi ke dalam kurikulum Pusat Ehsan.

    “Kajian telah menunjukkan bahawa integrasi teknologi ke dalam kurikulum memperbaiki proses pembelajaran pelajar dan hasilnya. TV ini akan membantu pembelajaran dan perkembangan pelajar,” ujarnya.

    Tambah beliau, tabir yang baru dipasang di pusat itu pula akan membantu pelajar-
    pelajar berkeperluan khas, bukan sahaja membantu menghalang tumpuan mereka terganggu semasa pembelajaran malah sepadan dengan tema bilik kelas yang akan menjadikan premis itu lebih mesra untuk para pelajar.

    Sumbangan berkenaan telah diterima oleh wakil dan penyelaras pusat berkenaan, Diane Talabis Solinap.

    Pusat Ehsan Kuala Belait telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan pengubahsuaian pada Disember 2020 dan secara rasmi membuka semula pintunya untuk mengalu-alukan kembali para pelajar serta pelajar baharu pada Februari 2022.

    Pada masa ini, ia menampung 31 pelajar berkeperluan khas.

    Delegasi Kelab Lions BSB menyerahkan sumbangan TV untuk Pusat Ehsan Kuala Belait.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...