Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pusingan kedua play-off NBA dibelenggu kecederaan

    WASHINGTON, 1 MEI – Pemain Philadelphia Joel Embiid dan Khris Middleton dari Milwaukee adalah antara bintang yang cedera dijangka akan diketepikan ketika pusingan ke-dua playoff NBA bermula hari ini.

    Empat pemain pilihan teratas dalam kedua-dua saingan Eastern dan Western Conference mara dari pusingan pembukaan, tetapi hanya beberapa yang berjaya.

    Embiid, pemimpin jaringan NBA dari Cameroon, mengalami patah tulang orbit kanan dan konkusi dalam siri kemenangan 76ers di Toronto dan terkeluar dari perlawanan untuk satu tempoh yang tidak pasti.

    Bintang setinggi 7 kaki itu sedang pulih daripada kecederaan ibu jari apabila mukanya terkena siku rakan senegaranya Pascal Siakam dari Raptors.

    “Saya rasa dia mencederakan muka saya,” kata Embiid. “Tetapi semuanya bagus dalam playoff”.

    Embiid mencatat 26.2 mata dan 11.3 rebound menentang Toronto. Dia mempunyai 30.6 mata dan 11.7 rebound pada musim biasa dan merupakan finalis untuk anugerah Pemain Paling Berharga NBA.

    Middleton, penyerang berusia 30 tahun, dijangka terlepas kebanyakan perlawanan termasuk semua pusingan kedua dengan tisu otot lutut kiri terseliuh.

    Juara bertahan Milwaukee, yang menerima inspirasi bintang Greece Giannis Antetokounmpo, akan melancarkan aksi terbaik menentang Boston hari ini di Timur manakala Golden State akan berkunjung ke Memphis untuk perlawanan pembukaan Western Conference mereka. – AFP

    Pemain Philadelphia, Joel Embid merupakan finalis untuk anugerah Pemain Paling Berharga NBA. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...