Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Raffa Affar akui stres kali pertama rakam lagu

    Dengarkanlah, di sepanjang malam… Pasti ramai yang mengetahui lirik lagu Cinta Sampai Mati nyanyian penyanyi Indonesia, Raffa Affar itu yang menghantui di platfrom laman sosial terutama di platform TikTok.

    Bersyukur lagu tersebut mendapat sambutan, Raffa mengakui dia berasa bangga dan gembira single pertama nyanyian itu menjadi tular di Malaysia.

    Bakal mengeluarkan satu lagi single, Raffa memberitahu kekuatan lagu Cinta Sampai Mati itu bergantung kepada lirik yang dianggap dapat dirasai pendengar.

    “Alhamdulillah, awalnya saya tidak menyangka bahawa lagu itu jadi viral seperti ini. Perasaan saya benar-benar senang dan bangga.

    “Bagi saya, kekuatan lagu ini berada pada lirik yang benar-benar membuatkan semua orang dapat merasakan. Harapan saya semoga lagu ini dapat diterima oleh masyarakat.

    “Insya-Allah akan ada satu single lagi yang bakal keluar pada bulan ini. Jadi buat kalian yang tak sabar, stay tune terus di Instagram dan YouTube saya,” katanya kepada wartawan. – Agensi

    Raffa tidak menyangka bahawa lagu pertamanya menjadi tular di Indonesia dan Malaysia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...