Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Raffi Ahmad jual jet peribadi AS$2.65 juta

    Selebriti terkenal Indonesia Raffi Ahmad dilaporkan bakal menjual jet peribadi yang dibelinya sekitar setahun lalu.

    Raffi menerusi Instagram miliknya turut membuka harga bidaan pesawat berkenaan dengan harga AS$2.65 juta bagi mereka yang berminat untuk membelinya.

    Dalam perkongsian tersebut, Raffi memberitahu jet peribadi jenis Hawker 400 itu berada dalam keadaan baik selain boleh memuatkan tujuh penumpang.

    “Jet peribadi untuk dijual, Hawker 400. Keadaan baik dan boleh terus diterbangkan. Semua dalam keadaan baik. Kalau berminat boleh hubungi saya,” katanya.

    Dalam pada itu, menerusi ruang komen hantaran berkenaan, beberapa golongan selebriti dan usahawan ternama negara itu menunjukkan minat terhadap jet peribadi tersebut.

    Sebelum ini, Raffi dan isterinya iaitu Nagita Salvina dikatakan mempunyai jet peribadi secara rahsia namun ia dibongkarkan oleh aktor itu semasa berbual dengan Ruben Onsu.

    Malah pasangan itu juga pernah menaiki pesawat berkenaan semasa menghadiri majlis perkahwinan anak Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi pada hujung tahun lalu. – Agensi

    Raffi Ahmad (hujung kanan) mahu menjual jet peribadinya dengan harga AS$2.65 juta. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...