Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Rangnick anggap ‘menang besar’

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 23 JAN – Marcus Rashford membuat serangan dengan memberi sepakan penyudah untuk membawa Manchester United naik ke tempat empat teratas Liga Perdana selepas menewaskan West Ham seperti apa yang digambarkan oleh Ralf Rangnick sebagai kemenangan “besar-besaran” kelmarin.

    United bermain hambar semasa asakan serangan selama 93 minit di Old Trafford, tetapi menemui kejayaan semasa ketiga-tiga pemain gantian Rangnick, bergabung apabila Anthony Martial dan Edinson Cavani mengumpan Rashford untuk membuat satu sepakan di tiang belakang.

    “Suasana di bilik persalinan sangat menakjubkan. Memang betul para pemain meraikannya, mereka tahu betapa besarnya kemenangan ini,” kata Rangnick.

    “Ia antara kemenangan terbaik apabila pasukan lawan tidak sempat untuk bangkit.”

    Kemenangan itu telah melonjakkan United satu mata di depan The Hammers dan meyaksikan pasukan The Red Devils memintas Tottenham dan Arsenal dalam persaingan ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan. Gol kemenangan tersebut juga adalah satu momen penting untuk Rashford, yang beberapa bulan kebelakangan ini kelihatan kurang berkeyakinan.

    Pemain England itu telah menjaringkan gol buat pertama kalinya sejak Oktober dalam kemenangan 3-1 di Brentford pada Rabu lalu dan sekali lagi berada pada kedudukan tepat untuk menjadi momen penentuan dalam pasukan United untuk tidak terlepas peluang menyertai kejuaraan Liga Juara-Juara yang kaya dan berprestij pada musim hadapan.

    Pada aksi di Old Trafford itu, Rashford sekali lagi tercicir dalam barisan permulaan selepas Rangnick memilih untuk menurunkan pemain berusia 19 tahun, Anthony Elanga.

    Bagaimanapun, dia adalah yang pertama daripada tiga perubahan oleh jurulatih Jerman itu selepas waktu rehat, yang kebanyakannya berperanan menghasilkan gol kemenangan. – AFP

    Reaksi Ralf Rangnick meraikan gol kemenangan selepas Rashford menjaringkan gol pertama semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan West Ham di stadium Old Trafford, 22 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...