Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Rayuan pencuri kabel ditolak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Mahkamah Tinggi baru-baru ini telah menolak rayuan seorang lelaki kerana tidak mempunyai alasan kukuh terhadap hukuman yang dikenakan kerana mencuri dan melakukan khianat.

    Mohammad Jaidatul Fadillah Fadil Haris Fadillah mengaku bersalah pada September lalu atas pertuduhan mencuri kabel telekomunikasi dan menyebabkan kerosakan semasa pencurian tersebut.

    Dia dijatuhi hukuman penjara satu tahun 8 bulan dengan dua kali sebatan, dan diperintahkan untuk membayar kepada UNN sejumlah $24,544.68, bagi ganti rugi atas kerosakan kabel tersebut, atau menjalani penjara tambahan empat bulan jika gagal membayar.

    Pendakwa Raya Syazwani Jumat, selaku responden, turut mengesahkan kepada mahkamah bahawa Mohammad Jaidatul Fadillah Fadil memilih untuk menjalani hukuman penjara dua tahun.

    Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong, semasa memberi pertimbangan kepada permohonan rayuan itu, mengambil faktor kuantiti kabel yang dicuri, keseriusan kerosakan dan kes-kes yang berlaku secara berleluasa.

    Ketua Hakim Negara memutuskan bahawa mahkamah telah mengambil langkah yang perlu untuk menjatuhkan hukuman berat. Sementara itu, Mohammad Jaidatul Fadillah Fadil merayu agar mahkamah mempertimbangkan semula perintah sebat itu kerana sebelum ini dia mengalami sakit jantung yang terpaksa menerima rawatan.

    Ketua Hakim Negara  tidak memberikan pertimbangan terhadap permohonannya untuk dikecualikan daripada disebat kerana mahkamah tidak menemui bukti perubatan yang menyokong dakwaan berkenaan, dan hukuman sebat hanya akan dilaksanakan apabila pegawai perubatan hadir dan telah mengesahkan bahawa dia layak untuk menerima hukuman tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...