Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Rayuan pesalah dadah ditolak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Mahkamah Tinggi kelmarin telah menolak rayuan seorang pesalah dadah terhadap hukuman penjara ‘berlebihan’ empat tahun tiga bulan yang dijatuhkan ke atasnya.

    Mohammad Zaiden bin Karim pada mulanya menafikan pertuduhan mengambil methylamphetamine pada 4 Ogos 2021 di sebuah rumah di Kuala Belait, namun sebelum perbicaraan bermula, dia menukar pengakuannya dan dijatuhkan hukuman.

    Dia juga menerangkan mengenai kesusahan keluarganya yang disebabkan oleh pemenjaraannya.

    Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong ketika meneliti belakang Mohammad Zaiden, mendapati dia mempunyai 11 sabitan penggunaan dadah sebelum ini sejak 1994, dengan yang terbaharu pada 2003 yang mana dia telah menjalani hukuman penjara empat tahun.

    Ketua Hakim Negara mendapati bahawa majistret dikehendaki menjatuhkan hukuman penjara minimum tiga tahun bagi menggambarkan rekodnya.

    Ketua Hakim Negara juga berkata bahawa selang antara sabitan terakhirnya sehingga kes terbaharu tidak cukup wajar untuknya mendapatkan perintah percubaan.

    Pihak mahkamah seterusnya menimbangkan fakta di mana Mohammad Zaiden telah dijatuhi hukuman penjara empat tahun pada 2003.

    Selain itu, Mohammad Zaiden juga pada mulanya meminta untuk dibicarakan atas kes terbaharunya.

    Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua hasil dapatan memberikan hak kepada majistret untuk menjatuhkan hukuman lebih tinggi daripada hukuman minimum.

    Akhir sekali, ketua hakim negara menekankan bahawa sementara mahkamah bersimpati dengan mereka (keluarga), ia tidak dapat dijadikan faktor yang boleh menjejaskan hukuman yang sewajarnya.

    Pendakwa Syafina Abdul Hadzid dan Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Hajah Nor ‘Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin mewakili pendakwa raya sebagai responden.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...