Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Remaja Palestin mati ditembak tentera Israel

    JENIN, 14 FEB – Tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin semasa pertempuran Tebing Barat, dalam apa yang digambarkan oleh tentera hari ini sebagai operasi untuk merobohkan rumah ‘pengganas’ disyaki.

    Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti remaja sebagai Mohammed Abu Saleh, 17, yang terbunuh selepas tentera Israel memasuki kampung Silat al-Harithiya berhampiran bandar bergolak Jenin di Tebing Barat.

    Tentera dan polis sempadan telah memasuki kampung ‘untuk merobohkan kediaman yang dihuni oleh pengganas Muhammad Jaradat,’ kata tentera dalam satu kenyataan. – AFP

    Penduduk membawa jenazah Mohammed Abu Saleh, yang terbunuh selepas tentera Israel memasuki kampung Silat al-Harithiya di Jenin, Tebing Barat, semasa pengebumiannya kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...