Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Remiro tumpaskan Madrid dalam kejuaraan La Liga

    MADRID, 30 JAN – Penjaga gol Real Sociedad, Alex Remiro melakukan beberapa penyelamatan yang baik untuk mengecewakan Real Madrid dalam keputusan seri 0-0 kelmarin, menjadikan Barcelona unggul lima mata di puncak La Liga.

    Selepas pasukan Catalan itu menewaskan Girona pada Sabtu lalu, Madrid perlu menang untuk kekal tiga mata di belakang pesaing mereka dalam merebut kejuaraan, tetapi Remiro memastikan sebaliknya, mengekalkan mereka di tempat ketiga La Real di belakang juara.

    Real Madrid selalu mendapat keputusan seri dari permulaan tahun 2023 membuatkan skuad tersebut ketinggalan jauh di belakang Barcelona dalam liga dan tewas menentang mereka dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol, tetapi mara ke separuh akhir Copa del Rey pada Khamis dengan kemenangan ke atas Atletico Madrid.

    Remiro melakukan banyak penyelamatan yang sempurna, dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan pasukannya.

    Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois juga dicabar selepas sejam apabila Takefusa Kubo melepaskan tendangan dalam percubaan menjaringkan gol, tetapi pemain Belgium itu berjaya menyelamatkan gawangnya. – AFP

    Alex Remiro, kanan, menghalang rembatan oleh Vinicius Junior dari Real Madrid semasa perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol di stadium Santiago Bernabeu di Madrid. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...