Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Remy menyampah pelakon senior sambil lewa di lokasi penggambaran

    Remy Ishak mengaku rasa menyampah apabila perlu bergandingan dengan pelakon yang tidak membuat persiapan rapi atau bersikap sambil lewa ketika penggambaran, lapor BH Online.

    Remy mengaku pernah berdepan situasi itu dan apa yang lebih mengejutkan, si pelaku adalah pelakon yang boleh dianggap senior.

    “Jangan kata pelakon baharu, orang lama pun ada yang tidak bersedia ketika penggambaran. Saya lebih rasa menyampah dengan pelakon lama yang tidak bersedia, berbanding bakat baharu.

    “Sudahlah pelakon lama, tetapi tidak bersedia daripada segi skrip, babak yang hendak dilakonkan dan sebagainya.

    “Walaupun itu tugas pengarah untuk menjaga, namun kadang-kadang pengarah pun malas untuk berdepan pelakon sebegitu,” katanya ditemui pada sidang media dan sesi tayangan drama terbaharu lakonannya berjudul Restu di ibu negara, baru-baru ini.

    Remy rasa lebih menyampah dengan pelakon lama yang tidak bersedia, berbanding bakat baharu. – mStar

    Remy atau nama sebenar, Mohammad Zalimie Ishak berkata sikap acuh tak acuh segelintir pelakon akan memberi kesan kepada gandingan lain, sekali gus merosakkan naskhah yang dijayakan.

    “Saya akan jadi lebih marah kalau bergandingan dengan pelakon sebegitu. Kalau dia tak dapat sampaikan dengan baik, saya pun tak boleh cari makan.

    “Kalau tidak membantu, masa depan saya pun gelap. Ini semua berkaitan kerjasama. Pelakon lama pun ada masalah sebenarnya, bukan pelakon baharu sahaja.

    “Saya fikir, pelakon baharu masalah mereka mungkin disebabkan gemuruh sahaja. Tetapi, daripada segi usaha, mereka bagus,” katanya.

    Mengulas jika ada pelakon baharu yang mahu mendapatkan tunjuk ajarmya, Remy berkata, perkara itu tidak mendatangkan masalah. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...