Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ribuan selamatkan diri daripada kebakaran

    DENVER, 31 DIS – Mike Guanella dan keluarganya sedang berehat di rumah Colarado mereka dan tidak sabar untuk meraikan Krismas bersama keluarga lewat kelmarin apabila laporan kebakaran rumput berhampiran bertukar cepat menjadi notis pemindahan yang membimbangkan dan kemudian dalam beberapa minit berubah menjadi arahan untuk berpindah serta-merta.

    Keluarga Guanellas adalah antara puluhan ribu penduduk yang terpaksa mengosongkan rumah mereka di luar Denver ketika kebakaran hutan berpunca dari angin kencang sehingga kelajuan 169 kilometer sejam (kmsj) melanda dua bahagian bandar dan membakar sekitar 580 buah rumah, sebuah hotel dan sebuah pusat beli-belah.

    Daripada membuka hadiah Krismas di rumah di bandar Superior seperti yang mereka rancangkan, Guanella dan isterinya, tiga orang anak dan tiga ekor anjing mereka tinggal di rumah kawan di Denver dan berharap rumah mereka masih selamat “Hadiah tersebut masih lagi berada di bawah pokok…kami harap,” kata Guanella.

    Sekurang-kurangnya seorang responden pertama dan enam yang lain cedera dalam kebakaran yang bermula pagi kelmarin, akhir tahun yang tidak lazim dan berikutan musim luruh yang sangat kering dan musim sejuk setakat ini hampir tiada salji. Syerif Daerah Boulder, Joe Pelle mengakui bahawa lebih banyak kecederaan dan juga kematian mungkin berlaku disebabkan kebakaran teruk yang melanda wilayah itu dengan cepat.

    “Ini adalah kebakaran yang kita tidak boleh lawan secara langsung,” kata Pelle. “Kami sebenarnya mempunyai timbalan syerif dan bomba di kawasan yang terpaksa berundur kerana mereka tidak mampu lakukan,” tambahnya. – AP

    Kebakaran hutan merosakkan rumah yang berhampiran di Superior, Colorado. Dianggarkan 580 rumah, hotel dan pusat membeli-belah telah terbakar dan puluhan ribu orang telah dipindahkan ke luar Denver. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...