Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    RM149.52 juta bantu rakyat terkesan bencana

    KOTA KINABALU, 18 JULAI – Sebanyak RM149.52 juta diperuntukkan bagi membaik pulih infrastruktur dan membantu rakyat yang terkesan akibat bencana menerusi Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama 2022 diluluskan oleh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

    Menteri Kewangan Kedua Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah itu merupakan 21.72 peratus daripada peruntukan keseluruhan sebanyak RM688.34 juta.

    “Hujan lebat diikuti bencana banjir semakin kerap berlaku di beberapa daerah di negeri ini telah menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan dan runtuhan cerun. Banjir juga menyebabkan runtuhan tebing sungai dan kehilangan serta kerosakan harta benda.

    “Kerajaan prihatin dan memandang serius masalah yang berlaku ini dan memberikan tumpuan untuk membaik pulih serta membantu rakyat yang terkesan akibat bencana itu,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...