Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Salah akui Liverpool terlalu yakin

    LIVERPOOL, 9 MAC – Mohamed Salah mengakui Liverpool mungkin berasa terlalu selesa selepas mereka mara buat kali keempat suku akhir Liga Juara-Juara dalam tempoh lima tahun walaupun tumpas 0-1 di Anfield kepada Inter Milan kelmarin.

    Juara liga Itali itu tidak berjaya untuk bangkit kembali selepas mereka tumpas pada pusingan pertama 0-2 di laman sendiri tiga minggu lalu walaupun dibantu dengan jaringan cantik Lautaro Martinez selepas sejam aksi berlangsung.

    Layangan kad merah kepada Alexis Sanchez tidak lama selepas itu menjejaskan sebarang momentum Inter dan Liverpool selesa bertahan walaupun hanya tumpas buat kali ketiga dalam 44 perlawanan untuk semua kejohanan musim ini.

    The Reds mencatatkan 12 kemenangan berturut-turut sebelum ini bagi mencerahkan peluang mereka untuk merangkul empat trofi.

    Selepas memenangi trofi Piala Liga musim lalu, anak buah Jurgen Klopp sekarang ini berjaya menempatkan diri di suku akhir Liga Juara-Juara dan Piala FA dan mempunyai baki perlawanan untuk mengatasi kelebihan enam mata Manchester City yang berada di puncak Liga Perdana Inggeris.

    Salah berharap mereka dapat mempelajari sesuatu dalam perlawanan yang jarang berlaku selepas mereka gagal menjaringkan gol buat kali keempat musim ini.

    “Kami tumpas dalam perlawanan ini dan mungkin ia akan membuatkan kami untuk berusaha lebih keras.

    “Mungkin dalam fikiran, kami terlalu yakin. Ia adalah perlawanan yang baik untuk kami mempelajari sesuatu,” katanya. – AFP

    Aksi Mohamed Salah (kanan) semasa dicabar pemain Inter Milan Alessandro Bastoni dalam perlawanan di antara Liverpool dan Inter Milan di stadium Anfield di Liverpool, England pada 8 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...