Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sambutan TBC dalam norma baharu

    Oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Ketika masyarakat Cina menyambut acara penting dalam kalendar tahunan yang juga dikenali sebagai Tahun Baharu Cina, perayaan telah memasuki norma baharu berikutan wabak global.

    Presiden Dewan Perniagaan Cina Bandar Seri Begawan, Malcolm Lim ketika pertemuan di kediamannya semasa tarian singa tradisional ringkas untuk menandakan hari yang menggembirakan itu berkata, jelas sekali norma baharu telah membawa sedikit perbezaan dari segi menerima pelawat namun ia masih detik yang menggembirakan ahli keluarga.

    Mengikut nasihat Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berhubung perayaan itu, orang ramai keberatan melakukan kunjungan terutama mereka yang mempunyai anak yang tidak divaksin, mereka tidak pergi membuat kunjungan yang biasa dilakukan sebaliknya tinggal di rumah.

    “Saya boleh katakan jumlah pengunjung yang saya terima berkurangan kepada kira-kira 50 peratus. Malah kanak-kanak yang tinggal di kawasan sekitar tidak datang berkunjung pada waktu pagi seperti selalu kerana mereka maklum akan sekatan perayaan hanya dalam kalangan ahli keluarga dan saudara terdekat sahaja,” ujarnya.

    Tidak seperti perayaan lepas di mana beliau menghantar jemputan, tahun ini beliau tidak berani melakukannya kerana ia terlalu berisiko dan walaupun pelawatnya terdiri daripada ahli keluarga dan saudara maranya, Malcolm Lim menyediakan meja ujian pantas antigen (ART) untuk pengunjung membuat ujian sebelum masuk ke dalam rumah.

    Malcolm Lim ketika ditemui semasa Sambutan TBC di kediamannya, kelmarin.
    Tarian Singa yang ringkas turut diadakan di kediaman Malcolm Lim dengan mematuhi SOP.
    Pertunjukan tarian singa tradisional yang diadakan di kediaman Presiden Dewan Perniagaan Cina Bandar Seri Begawan, Malcolm Lim sempena Sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan dengan norma baharu berikutan wabak COVID-19 pada 1 Februari. – Gambar oleh Muiz Matdani

    “Kita akan menjadi biasa dengannya. Brunei jauh lebih baik daripada kebanyakan negara namun kita perlu mempercepatkan pendigitalan seperti membeli-belah dalam talian, yang masih belum matang kerana barangan yang ditempah mengambil masa berminggu-minggu atau bahkan berbulan-bulan untuk sampai manakala negara lain mengambil masa paling lama dua hari untuk tiba,” tekan beliau.

    Menurut beliau, Tahun Harimau bagi Brunei adalah sangat bagus untuk perniagaan kecuali jika sempadan sudah dibuka, beberapa perniagaan akan terjejas dari segi keperluan harian kerana golongan berpendapatan rendah akan memilih untuk berbelanja di negara jiran.

    Dalam hal itu, beliau mengongsi mengenai apa yang sedang dihadapi perniagaan-perniagaan berkenaan di mana caj penghantaran telah meningkat sehingga 16 peratus untuk produk-produk dari Indonesia dan Malaysia meningkat kepada 6.9 peratus selain itu, terdapat juga isu kelambatan penghantaran yang menyebabkan harga produk meningkat.

    Ini kemudiannya akan menyebabkan pengguna berpendapatan rendah sama ada membeli dari negara jiran sebaik sahaja sempadan dibuka atau mereka terpaksa membeli lebih sedikit atau menggunakan jenama yang lebih murah.

    Bagi pelancongan ke dalam negara, ia akan membantu hotel-hotel dan tempat peranginan pulih secara beransur-ansur daripada kerugian dan restoran perlu mempunyai cara untuk menarik pelanggan dengan kualiti dan kepelbagaian serta mempunyai sesuatu yang berbeza untuk menarik pelanggan.

    “Jika kita mempunyai industri yang baik untuk memenuhi permintaan bekalan, ia adalah baik kerana pada masa ini dengan import terdapat beberapa isu yang perlu ditangani,” katanya lagi.

    Mengulas mengenai tarian singa tradisional di kediamannya, Malcolm Lim berkongsi bahawa ia hanyalah satu upacara ringkas tidak seperti biasa memandangkan sekatan yang dilaksanakan dan nasihat kesihatan sementara pada masa yang sama jemputan untuk Pasukan Tarian Singa CCC BSB untuk membuat persembahan di kediaman beliau adalah untuk menyokong pergerakan mereka terutamanya semasa acara bertuah ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...