Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    ‘Saya nak keluarga selesa’

    Pelakon dan penyanyi, Janna Nick bersyukur impian untuk memiliki rumah kedua menjadi kenyataan apabila berkongsi kegembiraan itu bersama pengikutnya di Instagram.

    Menurut Janna, dia membeli rumah tersebut untuk memberikan keselesaan kepada keluarganya.

    Tambah Janna, biarpun proses mencari rumah bersesuaian mengambil masa dua tahun, segala penat lelah itu sangat berbaloi apabila dia akhirnya bertemu dengan kediaman yang diimpi-impikan.

    “Dua tahun saya mencari rumah yang sesuai. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga seperti yang saya mahukan dan berbaloi.

    “Saya sangat bersyukur, tetapi kena kerja keras lagi kerana semakin banyak komitmen, semakin bertambah tanggungjawab yang perlu saya lunaskan,” katanya.

    Sebelum ini, Janna telah membeli rumah pertama yang bernilai kira-kira RM1 juta pada 2017. Janna berkata, rumah itu dibeli sebagai persediaan untuk membawa keluarganya tinggal bersama.

    “Saya pilih untuk keselesaan keluarga kerana nanti emak dan adik-beradik yang lain akan tinggal sekali.” – Agensi

    Menurut Janna, dia membeli rumah tersebut untuk memberikan keselesaan kepada keluarganya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...