Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kang Tae Oh kongsi foto rambut pendek

    Pelakon Kang Tae Oh mengucapkan selamat tinggal kepada peminatnya kerana mahu menyertai latihan ketenteraan.

    Menerusi perkongsian di Instagram, Kang Tae Oh memuat naik foto memperlihatkan dirinya dengan imej berambut pendek.

    Dalam hantarannya itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokongnya selama ini.

    “Saya berterima kasih kepada semua peminat atas sokongan dan kasih sayang yang diberi.

    “Saya akan kembali dengan berani. Jumpa lagi,” tulisnya.

    Pada 15 September lalu, agensi pelakon Korea itu, Man of Creation mendedahkan Kang Tae Oh akan menyertai pusat latihan rekrut bahagian 37 yang terletak di daerah Jeungpyeong di Wilayah Chungcheong.

    Aktor tampan ini dikhabarkan memulakan siri latihan awal minggu ini. Kang Tae Oh akan menerima latihan asas selama empat minggu dan kemudian berkhidmat sebagai askar selama 18 bulan.

    Tarikh jangkaan tamat latihannya itu adalah pada 19 Mac 2024. Untuk info, Kang Tae Oh popular menerusi drama siri Extraodinary Attorney Woo gandingan bersama Park Eun Bin. – Agensi

    Kang Tae Oh memuat naik foto di Instagram memperlihatkan dirinya dengan imej berambut pendek. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...