Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Sekitar 30,000 kanak-kanak tinggalkan Mozambique

    MAPUTO, 1 JULAI – Satu kejadian keganasan berlaku di utara Mozambique yang melibatkan lebih kurang 30,000 kanak-kanak pada Jun lalu, angka tertinggi bulanan yang pernah dicatatkan dalam krisis tersebut, menurut laporan pertubuhan amal Britain, hari ini.

    Pada Jun lalu, berlaku serangan di wilayah Cabo Delgado, di mana serangan sama telah dilancarkan pada 2017, mencetuskan misi pengaman ketenteraan wilayah pada tahun lalu untuk memulihkan keselamatan negara.

    Dalam kejadian tersebut, sekitar 53 maut di beberapa buah daerah, memaksa lebih 50,000 orang dewasa dan kanak-kanak melarikan diri, menurut pertubuhan amal, Save the Children.

    “Ini adalah bulan yang paling teruk bagi keluarga dan kanak-kanak di Cabo Delgado dalam masa setahun,” kata pengarah negara berkenaan, Brechtje van Lith dalam satu kenyataan.

    “Mangsa-mangsa itu berjaya melarikan diri untuk keluar daripada keganasan tersebut, menyebabkan perpindahan beramai-ramai dengan jumlah lebih kurang 700,000 orang setakat ini sehingga tempat-tempat tersebut tidak mencukupi.

    “Kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku kepada mereka, puluhan kali berdepan dengan keganasan yang seperti tiada penghujung,” katanya.

    Pertubuhan amal tersebut juga khuatir mengenai kesihatan mental mereka.

    “Kebanyakan daripada mereka kehilangan orang tersayang atau menyaksikan kejadian ngeri yang kanak-kanak atau orang dewasa tidak sepatutnya saksikan,” katanya.

    Lebih kurang 4,100 maut di Mozambique sejak 2017, menurut badan pemerhati konflik, ACLED.

    Sementara itu, sebanyak 3,100 pasukan tentera telah dikerahkan dari beberapa buah negara Afrika ke Cabo Delgado pada Jun lalu dan berjaya merampas kembali beberapa wilayah.

    Menurut pegawai diplomatik dan kemanusiaan, pemberontakan tersebut telah memecahkan mereka kepada tiga kumpulan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...