Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Sektor pelancongan Peru terjejas teruk

    LIMA, 10 APRIL – Peru kelmarin mengisytiharkan perintah darurat bagi industri pelancongan yang penting, yang mana telah dilumpuhkan oleh COVID.

    Negara itu sebelum ini menerima 4.4 juta pelancong asing pada 2019 kepada 900,000 pada 2020. Pada 2021, hanya 400,000 pengunjung dicatatkan, menurut data rasmi.

    Kementerian Perdagangan Luar dan Pelancongan akan meluluskan pelan kecemasan dalam masa 15 hari, termasuk langkah penyelamat kewangan dan pelaburan dalam promosi pelancongan.

    Terkenal dengan kawasan pelancongan Machu Picchu dan pelbagai makanan, ekonomi Peru menjunam 11.12 peratus pada 2020 dan berada dalam kemelesetan sehingga Jun 2021, tetapi kesannya lebih dirasai dalam sektor pelancongan.

    Peru pada Disember mula mengalami gelombang ketiga pandemik, tetapi jumlah jangkitan menurun sejak beberapa minggu kebelakangan.

    Mempunyai 33 juta penduduk, Peru secara rasmi mencatatkan lebih 3.5 juta kes koronavirus dan lebih 212,000 kematian.- AFP

    Tempat tarikan pelancong Machu Picchu di Peru. Peru mengisytiharkan perintah darurat bagi industri pelancongan yang penting, yang dilumpuhkan oleh COVID.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...