Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Senegal: Koulibaly disahkan positif COVID-19

    ROM, 9 JAN – Pemain pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly telah disahkan positif COVID-19 apabila melakukan tugas antarabangsa ke Piala Negara-Negara Afrika di Cameroon, menurut kenyataan kelabnya, Napoli kelmarin.

    Pasukan Teranga Lions dijanga memulakan kempen kumpulan B menentang Zimbabwe di Bafoussam pada Isnin.

    “Kalidou Koulibaly diuji positif COVID-19 apabila dia dalam perjalanannya melakukan tugas antarabangsa dengan Senegal.

    Pemain pertahanan itu, yang telah mendapatkan vaksinasi dan tidak menunjukkan gejala COVID-19, sekarang telah mengasingkan diri mengikut protokol,” menurut kenyataan Napoli.

    Senegal, adalah pasukan ranking teratas Afrika, menangguhkan perjalanan mereka untuk pertandingan dengan sehari lebih awal pada minggu ini selepas tiga pemain dan enam kakitangan kembali dengan ujian positif.

    Skuad tersebut pergi tanpa tiga orang pemain mereka yang sedang diletakkan dalam kuarantin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...