Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pendekatan serampang dua mata perkukuh pasaran eksport minyak sawit

    ALOR GAJAH, 9 JAN – Kerajaan akan mengambil pendekatan serampang dua mata dalam memperkukuh pasaran eksport minyak sawit di rantau Asia selain menangani isu sentimen kempen anti minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU).

    Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu antaranya untuk memperkuatkan imej dan meningkatkan kualiti minyak sawit negara.

    “Kita tahu kempen sentimen itu adalah isu lama untuk menjatuhkan produk sawit. Bagi menanganinya, fokus kita adalah meneroka pasaran baharu dan lebih besar untuk memastikan Malaysia mampu menjadi peneraju negara pengeksport di Asia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pasca banjir di Kampung Pengkalan di sini hari ini.

    Katanya antara negara yang menjadi tumpuan ialah Asia Tengah dan Selatan seperti India, Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan kerana negara-negara itu merupakan pengimport utama sawit negara.

    “Fokus kita kini ialah negara Timur Tengah dan Asia Selatan yang mengimport dan mencatatkan permintaan yang tinggi kerana mereka tahu produk sawit keluaran negara berkualiti tinggi dan sihat untuk digunakan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...