Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Shiha tepis dakwaan warganet

    Penyanyi dan pelakon berbakat besar, Shihar Zikir menepis dakwaan liar sebilangan warganet yang mengaitkan persembahannya pada Anugerah Juara Lagu ke-36 dengan konsep iluminati.

    Tegas Shiha, lagu AEWO yang dinyanyikan bersama penyanyi rap sensasi, Noki pada malam berprestij itu dipersembahkan dengan jalan penceritaan yang jauh daripada unsur-unsur syirik dan songsang.

    “Mana mungkin Shiha, mereka yang terlibat dan pihak TV3 akan lepaskan jenis persembahan yang seperti ini (iluminati). Tak mungkin kami nak lakukan perkara-perkara syirik. Tidak.

    “Lagu ini ada jalan ceritanya. Dalam Instagram saya sudah jelaskan. Sebab itu, saya sangat berbesar hati kepada orang yang mengikuti lagu ini dan menonton video muziknya.

    “Saya dah hadap dakwaan-dakwaan orang sebelum ini. Iluminatilah, lambang segi tigalah. Memang tidak dinafikan, orang akan fikir negatif kalau mereka tidak ikuti penceritaan lagu ini dari awal sampai habis. Pengakhirannya kami sampaikan pesanan, jangan berbuat syirik dan macam-macam lagi,” katanya.

    Shihar Zikir menepis dakwaan liar sebilangan warganet yang mengaitkan persembahannya pada Anugerah Juara Lagu ke-36 dengan konsep iluminati. – Agensi

    Tegas Shiha lagi, dia dan mereka yang terlibat di belakang tabir berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan persembahan yang penuh kreativiti dan memberi impak kepada penonton.

    Katanya lagi, dia terbuka menerima kritikan dan pandangan warganet. Namun ujar Shiha, dakwaan-dakwaan yang mengaitkan persembahan tersebut dengan perkara syirik adalah tidak benar sama sekali.

    “Kerana kekangan masa, apa yang kami boleh lakukan adalah reka tari. Apa yang cuba kami tegakkan adalah persembahan ini, ada unsur teater, lakonan dan sebagainya. Memang tidak ada kena mengena dengan seperti yang didakwa warganet.

    “Tapi kami terbuka. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Yang sebenarnya, pada kami, tidak mungkin kami akan persembahkan satu persembahan yang seperti didakwa warganet itu.

    “Apapun kami tetap berpuas hati. Setiap jalan penceritaan dan props sudah kami terangkan sejak awal lagi. Apa yang kami nak buat. Kenapa ada tangga? Sebab saya nak lakukan aksi terbang. Itu kemahuan saya untuk persembahan di AJL,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...