Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    Siapa yang berhak?

    Saya ingin menyuarakan beberapa kebimbangan dan kebingungan yang serius berkenaan dengan pengagihan bantuan kewangan di Brunei. Saya amat bingung apabila orang yang masih berkemampuan menerima bantuan tersebut. Malah, ada juga yang sepatutnya berhak menerima bantuan tetapi tidak dapat, yang dapat ialah orang yang berkemampuan.

    Bantuan kewangan haruslah diagihkan dengan teliti dan berpandukan kriteria yang jelas.

    Bantuan haruslah diberikan keutamaan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, seperti keluarga yang berpendapatan rendah, golongan kelainan upaya dan individu yang terjejas dari segi ekonomi.

    Selain itu, penulis juga ingin menyuarakan tentang kekurangan ketelusan dan akauntabiliti dalam proses pengagihan bantuan kewangan khas di Brunei. Ketiadaan maklumat yang mencukupi tentang kriteria pemilihan penerima, proses pemantauan dan penilaian semula berpotensi membuka pintu kepada penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

    Ketidakpastian tentang bagaimana keputusan dibuat dan siapa yang bertanggungjawab dalam menentukan siapa yang layak menerima bantuan tersebut boleh mengakibatkan ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa. Ini tidak hanya merosakkan keyakinan masyarakat tetapi juga melemahkan keberkesanan program bantuan tersebut.

    Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak berkenaan mengambil langkah yang segera untuk meneliti semula dan menyempurnakan proses pengagihan bantuan kewangan khas ini dengan amanah.

    Sehubungan dengan itu, adalah penting untuk memperkenalkan mekanisme pengawasan yang lebih ketat dan menjelaskan kriteria serta prosedur pengagihan dengan lebih terperinci kepada orang ramai.

    Hanya dengan melakukan itu, kita dapat memastikan bahawa sumber daya yang diperuntukkan untuk membantu mereka yang memerlukan digunakan dengan sepenuhnya bagi kepentingan mereka.

    Peachy

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...