Sunday, April 2, 2023
24.6 C
Brunei

-

S’pura import ayam Indonesia

SINGAPURA, 30 JUN – Indonesia kini turut disenaraikan sebagai antara pengeksport daging ayam sejuk beku, daging ayam diproses dan produk berasaskan ayam ke Singapura, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, SFA memaklumkan bekalan ayam yang telah diluluskan dari Indonesia kini boleh diimport sebagai sumber tambahan bekalan sedia ada dari Brazil, Thailand dan Australia.

“Usaha SFA itu dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam mempelbagaikan sumber bekalan makanan dan meningkatkan daya tahan bekalan. Langkah ini akan melindungi kita daripada ketidaktentuan bekalan global,” menurut SFA. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -