Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    S’pura: Pengecualian junta Myanmar dalam mesyuarat ASEAN perlu dikekalkan

    SINGAPURA, 17 JAN – ASEAN harus mengekalkan keputusan yang dicapai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 untuk hanya menjemput wakil bukan politik dari Myanmar ke mesyuarat-mesyuaratnya sehingga terdapat kemajuan ketara dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.

    Pandangan itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong kepada rakan sejawatannya dari Kemboja, Hun Sen dalam satu pertemuan menerusi sidang video pada 14 Jan 2022, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu.

    Semasa sesi itu, MFA berkata Hun Sen menjelaskan kepada Lee berhubung keutamaan dan agenda Pengerusi ASEAN Kemboja untuk 2022.

    Menurut kenyataan itu, Lee menyebut tiada sebarang kemajuan ketara dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara ASEAN sejak diterima pada 24 April 2021, semasa mesyuarat di Sekretariat ASEAN di Jakarta antara Pemimpin ASEAN dan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.

    “Sebarang perbincangan untuk menyemak semula keputusan Pemimpin ASEAN perlu berdasarkan fakta baharu,” kata kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...