Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sri Lanka lantik PM baharu

    COLOMBO, 12 MEI – Presiden Sri Lanka melantik perdana menteri baharu hari ini untuk menggantikan abangnya, yang ditegah daripada meninggalkan negara tersebut selepas para penyokongnya melancarkan serangan ganas semasa bantahan ke atas krisis ekonomi negara itu.

    Perdana menteri baharu itu, Ranil Wickremesinghe, yang sudah pun berkhidmat dalam kerajaan lima kali – masih belum jelas jika beliau dapat membuat sebarang penggubalan undang-undang menerusi parlimen.

    Ranil yang berusia 73 tahun itu akan ditugaskan membantu Sri Lanka mengatasi kemelesetan ekonomi dalam sejarahnya sebagai negara bebas, dengan bebulan-bulan kekurangan makanan dan gangguan bekalan elektrik yang mencetuskan kemarahan awam.

    “Satu kabinet sepertinya akan dilantik esok,” kata Sudewa Hettiarachchi, seorang jurucakap bagi Presiden Gotabaya Rajapaksa, kepada AFP.

    Dalam ucapan di televisyen kepada negara malam semalam, Rajapaksa menghentikan sementara bantahan yang menggesanya untuk meletak jawatan.

    Ranil Wickremesinghe semasa melawat kuil Buddha selepas mengangkat sumpah pelantikannya di Colombo pada 12 Mei. – AFP

    Namun dalam usaha untuk memenangi ahli pembangkang yang menuntutnya meletak jawatan, Rajapaksa, 72, menjamin untuk memberi kebanyakan kuasa eksekutifnya dan menubuhkan kabinet baharu minggu ini.

    Mahinda Rajapaksa, abang presiden, meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin selepas penyokongnya menyerang pembantah antikerajaan yang telah memprotes secara aman selama berminggu-minggu.

    Hari ini, sebuah mahkamah telah menegah Mahinda, anaknya, Namal seorang ahli politik bersama lebih puluhan sekutu daripada meninggalkan negara itu selepas mengarahkan siasatan ke atas keganasan.

    “Tahniah kepada perdana menteri yang baharu dilantik,” kata Mahinda menerusi Twitter dari pangkalan tentera laut Trincomalee di pantai timur negara itu, di mana dia berlindung selepas lari dari bandar Colombo.

    “Saya harap anda lakukan yang terbaik semasa menerajui waktu-waktu bermasalah ini,” kayanya.

    Pasukan keselamatan meronda-ronda menggunakan jentera bersenjata dengan arahan untuk menembak mana-mana perusuh.

    Perintah berkurung telah dibatalkan pagi ini – hanya dikenakan semula selepas enam jam, bagi membolehkan 22 juta penduduk Sri Lanka untuk membeli barangan penting. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...