Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    STAYC tunda perjumpaan peminat, ahli kumpulan sah COVID

    Kumpulan STAYC mengumumkan terpaksa membatalkan jadual pertemuan dengan peminat berikutan lima ahli kumpulan itu disahkan positif COVID.

    HIGH-UP Entertainment memaklumkan bahawa ahli kumpulan STAYC yang disahkan positif adalah Sumin, Sieun, Isa dan Seeun.

    Pada mulanya, kesemua ahli kumpulan Korea Selatan itu negative COVID apabila melakukan ujian kendiri, namun pada awal pagi keesokan harinya, Sieun mengalami gejala sakit leher dan melakukan ujian COVID sebelum disahkan menghidap COVID.

    Ini diikuti oleh ahli kumpulan yang lain disahkan COVID apabila menjalani ujian swab, namun tidak menunjukkan sebarang gejala.

    Kesemua ahli kumpulan telah melengkapi dos ketiga dan ketika ini menjalani pengasingan diri selaras nasihat pihak kesihatan.

    Agensi kumpulan tersebut dalam satu kenyataan memaklum bahawa pertemuan dengan peminat, “STAY COOL PARTY” yang akan diadakan pada 13 Ogos terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

    Sementara itu, agensi kumpulan itu juga memohon maaf kepada peminat kumpulan STAYC yang sudah menempah tiket.

    Mereka akan memantau kesihatan semasa ahli kumpulan yang disahkan COVID, sebelum mereka membuat sebarang pengumuman.

    “Kesihatan ahli kumpulan STAYC adalah keutamaan kami dan kami akan lakukan yang terbaik membantu mereka sepanjang proses rawatan dan pemulihan.

    “Kami akan mengikut arahan kerajaan dalam memastikan keselamatan semua pihak,” kata HIGH-UP Entertainment dalam satu kenyataan media. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...