Sunday, April 28, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Suns raih kemenangan ke-11, tundukkan Nets

    PHOENIX, 2 FEB – Setiap pasukan lawan tahu bahawa pengawal Phoenix Suns, Devin Booker boleh menjaringkan mata secara berkelompok.

    Mereka juga tahu tentang hantaran elit Chris Paul dan permainan jarak pertengahan, dengan keupayaan menjaringkan gol rendah Deandre Ayton.

    Kemudian ada Mikal Bridges. Dia adalah pemain pilihan nombor empat yang menjadikan pasukan itu dikatakan sebagai pasukan terhebat dalam NBA.

    Booker menjaringkan 35 mata, Bridges menambah 27 mata tertinggi musim dan Suns yang mendahului liga melanjutkan rentak kemenangan mereka kepada 11 perlawanan dengan menewaskan Brooklyn Nets 121-111 kelmarin.

    Suns meneruskan permulaan terbaik mereka untuk satu musim dalam sejarah francais dan mencatatkan dua kemenangan berturut-turut musim ini. Mereka juga memenangi 18 perlawanan berturut-turut dari 30 Oktober hingga 2 Disember lalu.

    Phoenix telah menjadikan kemenangan kelihatan mudah untuk kebanyakan musim ini.

    “Liga ini bukan mudah,” kata Booker. “Mengawal Kyrie (Irving) satu lawan satu bukanlah mudah. Jadi ia adalah sesuatu yang awda perlu fokuskan.

    “Ia memerlukan banyak kerja keras dan usaha. Tetapi mempunyai pengalaman yang kami alami bersama, ia banyak membantu.”

    Bridges menjaringkan mata tertinggi musim untuk perlawanan kedua berturut-turut. Penyerang kurus yang mempunyai ketinggian 6 kaki itu memperolehi 26 mata menentang Spurs Ahad lalu dan boleh dikatakan lebih baik ketika menentang Nets, merembat 10 daripada 14 percubaan dan menambah lapan rebound dan empat assist. Ia adalah jenis prestasi yang dibayangkan oleh Suns apabila mereka menandatanganinya dengan perlanjutan kontrak empat tahun, AS$90 juta pada musim luar. – AP

    Aksi Kyrie Irving ketika bersaing dengan Devin Booker dalam perlawanan NBA antara Brooklyn Nets dan Phoenix Suns kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...