Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Suplemen kesihatan: kematian pertama dicatatkan

    TOKYO, 26 MAC – Sebuah syarikat farmaseutikal Jepun berkata hari ini ia sedang menyiasat satu kematian akibat kegagalan buah pinggang yang dikaitkan dengan suplemen kesihatan yang ditarik balik minggu lepas oleh firma itu.

    Ia berlaku sehari selepas syarikat itu berkata ia mengetahui 26 kes orang dimasukkan ke hospital berhubung tablet yang dijual tanpa preskripsi.

    Kobayashi Pharmaceutical, yang menjual ubat tanpa preskripsi dan suplemen diet, telah menerima 50 laporan kemasukan hospital tambahan yang belum disahkan setakat pagi ini, beritahu seorang jurucakap kepada AFP.

    Tiga jenama yang ditarik balik – ‘beni koji choleste help’ dan dua suplemen dengan nama yang sama – mengandungi bahan yang dipanggil beras yis merah, atau ‘beni koji’.

    Dibuat dengan menapai beras, ia sepatutnya menurunkan tahap kolesterol tidak baik. – AFP

    Gambar Unsplash
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...