Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Swiatek berjaya melangkah ke peringkat 16 terakhir

    MELBOURNE, 20 JAN – Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek berjaya mara ke pusingan 16 terakhir Terbuka Australia, hari ini, ketika penganjur mempertahankan apa yang dikatakan Andy Murray sebagai ‘gurauan’ nya menamatkan perlawanan pada 4:05 pagi.

    Pemain Amerika, Coco Gauff dan Jessica Pegula juga meraih kemenangan besar, memastikan persaingan diteruskan pada hari kelima di Melbourne Park berikutan kejutan sehari sebelumnya.

    Pemain nombor dua dunia, Ons Jabeur merupakan mangsa terbesar dalam undian wanita kelmarin, manakala bagi lelaki telah kehilangan dua pilihan utama Rafael Nadal dan Casper Ruud.

    Swiatek pemain pilihan utama, pemenang tiga kali namun masih mengejar gelaran pertama Terbuka Australia, menewaskan pemain kelayakan Cristina Bucsa dari Sepanyol 6-0, 6-1.

    Pemain Poland itu akan berdepan Elena Rybakina dalam perlawanan seterusnya selepas juara Wimbledon itu menewaskan naib juara Melbourne tahun lalu, Danielle Collins dalam tiga set.

    Aksi Iga Swiatek dari Poland semasa perlawanan pusingan ketiga kejohanan tenis Terbuka Australia. – AP

    “Pastinya dia sangat kuat dari segi fizikal dan mental,” kata Rybakina kelahiran Moscow, menyaingi cabaran Swiatek.

    “Saya perlu mengambil semua peluang. Saya fikir Iga merupakan pemain yang hebat.”

    Gauff yang berusia 18 tahun meningkatkan usahanya untuk merebut gelaran utama sulung dengan kemenangan yang sama 6-3, 6-2 ke atas rakan senegaranya, Bernarda Pera.

    Remaja berbakat itu berdepan juara Terbuka Perancis 2017, Jelena Ostapenko dari Latvia dalam pusingan 16 terakhir.

    Pilihan ketiga, Pegula, yang turut memburu gelaran Grand Slam pertama, turut mencatat kemenangan mudah ke atas Marta Kostyuk dengan keputusan 6-0, 6-2.

    Pemain berusia 28 tahun itu seterusnya menghadapi ujian yang bakal menentang Barbora Krejcikova dari Republik Czech, pilihan ke-20 dan juara Terbuka Perancis 2021. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...