Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Hamilton buru kejuaraan ke-9

    BUDAPEST, 28 JULAI – Dengan meraih keputusan terbaik dan terbaharu tahun ini di Perancis pada Ahad lalu, Lewis Hamilton dan pasukannya, Mercedes berharap untuk meraih keputusan yang lebih baik dan menambah rekod lapan kemenangannya di Grand Prix Hungary hujung minggu ini.

    Juara dunia tujuh kali berada di tempat kedua di belakang juara dan pendahulu bersiri, Max Verstappen dari Red Bull di Le Castellet dalam perlumbaan Formula Satu (F1) yang ke-300, satu tempat kedudukan mendahului George Russell.

    Ia adalah dua podium pertama yang diraih Mercedes pada musim ini.

    Hamilton menikmati perlumbaan di atas litar Hungaroring, 20 kilometer dari utara Budapest, di mana tiada pemandu lain dapat menandingi rekodnya, Michael Schumacher adalah saingan terdekatnya yang hanya menang di litar lumba itu empat kali.

    Tetapi beliau tahu bahawa walaupun selepas meraih empat podium berturut-turut, dia berdepan cabaran untuk mengekalkan prestasinya ketika berusaha untuk menjadi pemandu pertama yang menang sembilan kali pada acara yang sama.

    Di Perancis, kemenangan beliau sebelum ini dibantu oleh masalah yang dialami Ferrari – ketika Charles Leclerc terbabas semasa mendahului dan Carlos Sainz yang didenda terpaksa bermula dari petak belakang – dan kerja keras Sergio Perez yang berterusan memulihkan prestasi awal musimnya bersama Red Bull.

    Beliau juga tahu bahawa kereta Mercedesnya tidak dapat diramalkan dan boleh ditukar dari litar ke litar.

    Ia boleh menjadi faktor utama dalam ujian pemanduan minggu ini, dengan keadaan litar yang ketat dan berliku-liku, trek perlahan dengan perubahan ketinggian yang halus, selepas laluan lurus dengan berkelajuan tinggi dan selekoh yang licin di Litar Paul Ricard.

    Hamilton memenangi beberapa kejuaraannya di Hungary, tetapi sepertinya Wolff tidak dapat meramalkan ulangan di trek yang disukainya dan tidak pernah dimenangi oleh Verstappen itu. – AFP

    Aksi Lewis Hamilton yang memandu kereta Mercedes dalam perlumbaan F1 di Litar Paul Richard di Le Castellet, selatan Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...