Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Tentera Israel terus bedil Semenanjung Gaza

    SEMENANJUNG GAZA, 27 MAC – Semenanjung Gaza selatan dibedil tentera Israel semalaman, walaupun terdapat tekanan antarabangsa untuk mengadakan gencatan senjata segera di wilayah Palestin yang menghadapi ancaman kelaparan.

    Gaza yang terkepung amat memerlukan bantuan dan Amerika Syarikat (AS) berkata ia akan terus menggugurkan bantuan dari udara, walaupun terdapat rayuan daripada Hamas untuk menghentikan amalan itu selepas kumpulan Islam itu berkata 18 orang maut ketika cuba mendapatkan pakej makanan.

    Satu bola api menerangi langit malam di selatan bandar Rafah, pusat bandar terakhir di Gaza yang masih belum diserang oleh tentera darat Israel. Kira-kira 1.5 juta orang bersesak di kawasan itu, kebanyakannya telah melarikan diri ke selatan menuju sempadan Mesir.

    Bunyi letupan turut kedengaran dan kepulan asap kelihatan di Bandar Gaza di utara, di mana tentera Israel telah menyerang hospital terbesar di bandar itu selama lebih seminggu.

    Kementerian Kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas berkata awal pagi tadi, 66 orang telah terbunuh semalaman, termasuk tiga terkorban dalam serangan udara Israel di dalam dan sekitar Rafah.

    Pertempuran berterusan dua hari selepas Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi pertamanya menggesa ‘gencatan senjata segera’ dan menggesa pembebasan kira-kira 130 tebusan yang dikatakan Israel masih berada di Gaza, termasuk 34 tawanan yang dianggap mati.

    Tentera Israel juga telah mengepung dua hospital di Khan Yunis, di mana Kementerian Kesihatan berkata 12 orang, termasuk beberapa kanak-kanak, terbunuh dalam serangan Israel ke atas kem untuk pelarian.

    Bulan Sabit Merah Palestin telah memberi amaran bahawa ribuan terperangkap di hospital Nasser di Khan Yunis dan ‘nyawa mereka dalam bahaya’. – AFP

    Kepulan asap hitam kelihatan berikutan pengeboman Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...