Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Terus bantu golongan kurang berkemampuan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan dan mereka yang dalam kesusahan khususnya ahli-ahlinya, Pertubuhan Wargamas telah mengadakan Majlis Amalan Mulia yang berlangsung di ibu pejabatnya, kelmarin.

    Majlis tersebut telah diisikan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah dan diikuti dengan penyampaian sumbangan derma kepada keluarga ahli pertubuhan yang telah kembali ke rahmatullah.

    Penyampaian sumbangan Infak Mulia Wargamas itu telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Pertubuhan Wargamas, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don.

    Pada majlis itu, Haji Abu Bakar menjelaskan, Majlis Amalan Mulia yang mengandungi empat program rancangan strategik itu dilaksanakan secara kolaborasi antara jawatankuasa tadbir tertinggi, jawatankuasa kecil, warganita dan ahli pertubuhan.

    Antara program berkenaan adalah Infak Mulia Wargamas (IWM), majlis tahlil bulanan (MTB), Projek Amal Sedekah Pakaian (PASP) dan Sedekah Derma Kilat (SDK).

    Beliau seterusnya berkata, dengan adanya majlis tersebut, ia dihasratkan dapat memupuk rasa keprihatinan terhadap golongan masyarakat yang memerlukan khususnya ahli pertubuhan.

    “Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan ini terus gigih dan aktif dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial bagi menghulurkan bantuan serta khidmat bakti sukarela kepada warga emas khususnya ahlinya yang mana setakat ini, pertubuhan telah mempunyai seramai 1,034 orang ahli,” ujarnya.

    Salah seorang ahli dan keluarga ahli menerima sumbangan yang disampaikan oleh Yang DiPertua Pertubuhan Wargamas.
    ATAS & BAWAH: Ahli-ahli Pertubuhan Wargamas yang menghadiri tahlil dan Doa Arwah di Majlis Amalan Mulia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...