Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran kanser melalui larian maya

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JAN – Sempena Sambutan Hari Kanser Sedunia pada 4 Februari 2022, CHMP Media dengan kerjasama Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) Brunei akan menganjurkan larian maya untuk meningkatkan kesedaran terhadap kanser.

    Tempoh larian maya akan berlangsung sepanjang bulan Februari yang mana 100 peratus daripada keuntungan itu akan disalurkan kepada YASKA.

    Pendaftaran telah dibuka pada 4 Januari hingga 31 Januari manakala tempoh larian maya akan bermula pada 1 Februari hingga 28 Februari.

    Larian maya ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, 10 kilometer, 30 kilometer dan 50 kilometer.

    Penyertaan dan sokongan orang ramai amat dihargai kerana pendaftaran yang diterima daripada acara ini akan digunakan untuk membantu membiayai program dan aktiviti untuk kanak-kanak kanser di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...