Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran masyarakat mengenai demensia

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Sebagai usaha meningkatkan pendedahan masyarakat mengenai demensia, demensia Brunei dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Pusat Promosi Kesihatan telah mengadakan acara berjalan, Memory Walk yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar Ali ‘Saifuddien, hari ini.

    Acara yang diadakan bersempena Bulan Demensia Sedunia itu dirasmikan dan disertai oleh Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.

    Turut hadir dan menyertai acara berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Kebeliaan) di
    KKBS, Haji Zakaria bin Haji Serudin; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, para pengarah, pegawai dan kakitangan KKBS, ahli-ahli organisasi bukan kerajaan serta orang ramai.

    Disertai kira-kira 300 orang, acara dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang diketuai oleh Victorious Health and Fitness Centre.

    Aktiviti diteruskan dengan perasmian acara berjalan oleh Hajah Nor Ashikin di mana para peserta berjalan sejauh kira-kira 3 kilometer yang meliputi kawasan Program Bandarku Ceria bermula dari Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien mengelilingi Muzium Alat Kebesaran Diraja, Balai Bomba Bandar Seri Begawan, Taman Mahkota Jubli Emas, Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien dan kembali ke taman berkenaan.

    Selain acara berjalan kaki, para pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan dan mendapatkan maklumat mengenai penyakit demensia di pameran kesihatan yang disertai oleh demensia Brunei dan organisasi-organisasi berkepentingan dalam penjagaan seseorang dengan demensia, Pusat Promosi Kesihatan, Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC), La Vida, COPE for JOPE dan Persatuan PEMBELA serta berpeluang menyertai saringan kesihatan ringkas bagi demensia.

    Hajah Nor Ashikin menyertai acara berjalan kaki sejauh kira-kira 3 kilometer yang bermula dan berakhir di Taman
    Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...