Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tingkat pemahaman berkenaan hadas besar wanita

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Seramai 150 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pusat Dakwah Islamiah (PDI), ahli-ahli Jawatankuasa Belia Daie serta orang awam telah menyertai Program Ilm Series bertajuk Memahami Jenis-jenis Darah Wanita anjuran Badan Sukarelawan Belia Daie di bawah naungan Urus Setia Program Keagamaan Belia di Dewan Persidangan, PDI, hari ini.

    Ceramah semasa program itu disampaikan oleh Timbalan Dekan Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Zurairatul Zakiah binti Dato Seri Setia Haji Rajid yang antara lain menggariskan pengertian, ciri, cara, perbezaan dan perkiraan hari berkenaan hadas besar wanita: haid, istihadhah dan nifas, serta hukum-hakam mengenainya.

    Antara tujuan program itu diadakan adalah untuk memperkenalkan dan membantu masyarakat awam mendalami teori dan memperkasa asas-asas fardu ain yang menjadi kewajiban seharian seorang Muslim.

    Ini termasuk merungkai permasalahan berkaitan hadas besar wanita seperti darah haid, istihadhah dan nifas.

    Ia bukan hanya bermanfaat untuk kaum wanita malah kaum lelaki selaku suami dan bapa yang berperanan memastikan bahawa isteri dan anak-anak perempuan mereka mendapat pengetahuan secukupnya mengenai ilmu agama.

    Di samping itu, program juga diadakan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan ahli-ahli Jawatankuasa Belia Daie selain memberi galakan dan bersedia ke hadapan membantu masyarakat awam yang memerlukan panduan dan jawapan bagi sebarang kemusykilan tentang pengetahuan agama termasuk berkaitan dengan wanita.

    Peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan PDI, ahli-ahli Jawatankuasa Belia Daie serta orang awam yang hadir pada program berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...