Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tingkatkan kelestarian hutan

    Oleh Nurdiyanah R. & Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Usaha pemuliharaan dan perlindungan hutan serta inisiatif penanaman semula bersepadu menyaksikan Negara Brunei Darussalam masih mengekalkan liputan hutan yang tinggi kira-kira 72 peratus daripada keseluruhan kawasan tanah di negara ini.

    Sehubungan itu, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Perhutanan komited melaksanakan Pengurusan Hutan Mapan bagi memastikan sumber berterusan industri pembalakan dan mempelbagaikan inisiatif ekonomi negara serta memanfaatkan generasi masa depan.

    Perkara itu ditekankan oleh Setiausaha Tetap di KSSUP, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab pada ucaptama webinar bertajuk ‘Hutan dan Penghasilan serta Penggunaan Mapan’, yang berlangsung secara maya sempena Hari Hutan Antarabangsa 2022, hari ini.

    Menurutnya, memandangkan negara mempunyai kawasan hutan simpan yang terhad, usaha untuk menyokong kepelbagaian ekonomi kebangsaan melalui peningkatan dalam keluaran dalam negara kasar adalah satu cabaran besar dalam sektor perhutanan.

    Menurut Hajah Tutiaty, memandangkan negara mempunyai kawasan hutan simpan yang terhad, usaha untuk menyokong kepelbagaian ekonomi kebangsaan melalui peningkatan dalam keluaran dalam negara kasar adalah satu cabaran besar dalam sektor perhutanan.

    Antara yang hadir semasa webinar bertajuk ‘Hutan dan Penghasilan dan Penggunaan Mampan’ kelmarin.

    Terdapat keperluan untuk memantau industri pembalakan dan perkilangan papan serta menggalakkan syarikat meningkatkan keberkesanan pengeluaran serta mempromosikan kepelbagaian dalam produk perkayuan.

    Sehubungan itu, terdapat keperluan meningkatkan proses dan pelaburan dalam penggunaan jentera dan teknologi canggih serta sumber manusia dan pekerja mahir agar ia sejajar dengan inisiatif tersebut.

    Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan harus memastikan bekalan berterusan kayu balak bagi negara, melalui penanaman semula pokok dan memperkaya penanaman hutan-hutan yang di kawasan pembalakan. Menurutnya, penanaman semula pokok adalah inisiatif popular di seluruh dunia. Selain menyokong industri perhutanan, ia juga merupakan komponen penting dan jejak karbon dan mitigasi perubahan iklim.

    Pada peringkat kebangsaan, kerajaan sudah pun melancarkan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BNCCP) pada 2020 dalam strategi untuk mempertingkatkan sinki karbon melalui sasaran menanam 500,000 pokok baharu menjelang 2035.

    Menurutnya, ia akan menjadi satu amalan baik, dengan sebarang tindakan membersihkan hutan sama ada melalui industri pembalakan, pembinaan infrastruktur atau pertanian serta tujuan lain, mestilah diikuti dengan menanam pokok untuk menggantikan pokok yang ditebang.

    Webinar itu merupakan ruang untuk menemukan agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dalam meningkatkan kesedaran, mempromosikan pengurusan hutan secara mampan dan menyemai kesedaran tentang kepentingan menjaga kelestarian semua jenis ekosistem hutan seiring dengan pembangunan sektor-sektor lain dalam negara ini.

    Para pembentang terdiri daripada enam orang ahli panel dari dalam dan luar negara yang masing-masing daripada latar belakang dan kepakaran berbeza yang secara umumnya membentangkan berkisar cabaran industri perkayuan, potensi ekonomi hijau yang boleh diraih oleh pengusaha tempatan dan inisiatif jabatan untuk menuju ke arah pengiktirafan antarabangsa terhadap pengurusan hutan negara melalui pensijilan hutan.

    Panel pertama ialah Pemangku Timbalan Pengarah Perhutanan, KSSUP, Awang Reni bin Haji Yahya telah membentangkan tajuk ‘Pengurusan Hutan Mampan Brunei Darussalam’.

    Manakala Pengarah Pembangunan Indus-tri, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Dr Mohd Nor Zamri Mat Amin pula membincangkan tajuk Developing and Strengthening the Skills in Forest and Timber Industry dan Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Pembalakan Masrimba Sdn Bhd, Haji Abdul Rahman bin Haji Chuchu pula berkongsi pengetahuan di bawah tajuk Sustainable Timber Industry in Brunei – Private Sector Perspective.

    Pengurus Am, TS Wood Sdn Bhd, Chan Hock Lay pula membentangkan tajuk Opportunities and Challenges: Development of Small and Medium Woodbased Industry in Brunei Darussalam dan Pengurus Am, Control Union – Certification Body, Supun Nigamuni membincangkan tajuk Promoting and Adapting Forest Certification as a Way Forward for Sustainable Production and Consumption of Forest in Brunei Darussalam.

    Ahli panel terakhir, Ketua Program Perubahan Iklim dan Perhutanan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Dr Elizabeth Philip pula membincangkan mengenai Forests – Carbon Asset for Sustainable Economy in Facing Climate Change.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...