Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tinjau dan lakukan penyelenggaraan

    Merujuk pada surat pembaca bertajuk ‘Tinjau jalan-jalan kawasan pedalaman’ oleh penduduk pedalaman yang disiarkan dalam Media Permata bertarikh 13 April 2022, saya amat bersetuju dengan pandangan penulis.

    Menurut saya sendiri, kawasan-kawasan pedalaman ini seperti ‘diambil ringan’ oleh pihak relevan tanpa diselenggarakan, tetapi jika sudah ditularkan baharulah ada tindakan yang diambil.

    Apa yang menyedihkan lagi, ketika saya yang baru-baru ini berkunjung ke Daerah Belait mendapati beberapa tempat di daerah tersebut kurang mendapatkan penyelenggaraan. Seperti mana jalan masuk ke kawasan perumahan RPN seolah-olah bukanlah jalan masuk ke kawasan berkenaan kerana semak-samun. Bagi saya tidak mustahil penduduk melakukan sebarang aduan dan berkemungkinan aduan mereka diterima bagaikan ‘angin’ sahaja.

    Diharap pihak relevan melakukan pemantauan dan menangani aduan-aduan daripada orang ramai serta melaksanakan pembaikan dan penyelenggaraan dengan sesegeranya.

    Hani

    Keadaan jalan yang menurut penulis dibiarkan semak tanpa penyelenggaraan. – Gambar serahan penulis
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...