Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Trump lancar rangkaian media sosial

    WASHINGTON, 10 FEB – Bekas Presiden AS Donald Trump akan melancarkan rangkaian media sosialnya sendiri menjelang akhir Mac, Sputnik memetik laporan Fox Business daripada sumber yang mengetahuinya.

    Rangkaian itu, dinamakan TRUTH Social, akan beroperasi sepenuhnya menjelang tarikh pelancaran yang dijangkakan pada akhir suku semasa, kata laporan itu pada Rabu.

    Trump Media & Technology Group (TMTG) kini menjalankan ujian beta, dan rakyat Amerika akan dapat memuat turun aplikasinya atau membuka akaun pada masa yang sama, kata laporan itu.

    Rangkaian baharu Trump itu belum lagi dibuka untuk awam, tetapi sudah tersedia untuk pra tempahan di Apple App Store, tambah laporan itu. TRUTH Social akan bekerjasama dengan Rumble – sebuah platform, yang dilihat sebagai alternatif kepada YouTube dan Perkhidmatan Web Amazon (AWS), menurut laporan itu.

    Trump minggu lalu berjanji bahawa rangkaiannya akan melawan balik penapisan yang dilakukan syarikat-syarikat IT yang digolongkan sebagai Big Tech dan akan melindungi hak kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat. – Bernama

    Bekas Presiden Donald Trump bercakap pada satu rapat pada 29 Januari 2022 di Conroe, Texas. Trump akan melancarkan rangkaian media sosialnya sendiri menjelang akhir Mac. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...