Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Turkiye lihat ASEAN sebagai rakan kongsi penting

    ANKARA, 26 OKT – Ankara melihat ASEAN sebagai rakan kongsi utama di rantau Asia-Pasifik, kata timbalan menteri luar Turkiye kelmarin, lapor Anadolu.

    “ASEAN membentuk model kerjasama serantau yang berjaya dan merupakan contoh terbaik perpaduan dan kepelbagaian,” kata Sedat Onal pada majlis perasmian minggu ASEAN di ibu negara Ankara.

    Presidensi untuk warga Turkiye Luar Negara dan Komuniti Berkaitan (YTB) menganjurkan acara empat hari itu yang akan dihadiri duta dari lapan anggota ASEAN Thailand, Indonesia, Kemboja, Brunei, Vietnam, Singapura, Filipina dan Malaysia. Turkiye telah diberikan status Rakan Dialog Sektoral ASEAN pada 2017.

    “Kami berhasrat membangunkan kerjasama yang lebih mendalam dan lebih luas dengan ASEAN dan negara anggota individunya berdasarkan objektif dan kepentingan bersama,” kata Onal. Beliau berkata budaya dan pendidikan adalah bidang kerjasama yang dinamik, sambil menambah Türkiye mahu meningkatkan dialog dengan ASEAN dan meningkatkan kerjasama dalam bidang lain seperti sains dan teknologi.

    Ketua YTB Abdullah Eren berkata matlamat utama Türkiye adalah untuk membolehkan masyarakat mengenali satu sama lain dalam rangka diplomasi awam selain menunjukkan perpaduan.

    “Kami yakin bahawa organisasi awam atau bukan kerajaan di kawasan tempat kami menjalankan aktiviti dapat mengukuhkan hubungan sedia ada.

    “Terutama pertubuhan yang kukuh seperti ASEAN yang mungkin dapat mendekatkan negara kami dengan penduduk di rantau ini dan dengan itu membuka pintu kepada peluang baharu,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...