Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Universiti Kabul terima sentuhan bantuan China

    BEIJING – Selepas melalui proses pembinaan selama lima tahun, bangunan pendidikan bercirikan moden di Universiti Kabul Afghanistan sumbangan kerajaan China akhirnya siap dibina.

    Dalam majlis perasmiannya baru-baru ini, Duta China ke Afghanistan, Wang Yu berkata ia merupakan lambang kepada kerjasama persahabatan China-Afghanistan dalam bidang pendidikan.

    Difahamkan, sejak sekian lama China komited mengekalkan kerjasama yang intensif dengan Afghanistan dalam bidang pendidikan.

    Untuk rekod, kini terdapat hampir 1,000 pelajar dari negara itu sedang mengikuti pengajian di China, manakala hampir 200 pelajar lagi menyambung pelajaran di Akademi Konfusius, Universiti Kabul.

    “Kita berharap agar mereka (para pelajar) akan memberi sumbangan terhadap kerjasama persahabatan kedua-dua negara selepas berjaya lulus dari kolej.

    “Selain itu, China akan terus memberi sokongan dan bantuan kepada Afghanistan termasuk memperluas kerjasama pelbagai sektor termasuk sektor pendidikan pada masa hadapan,” kata Wang.

    Majlis itu diserikan dengan kehadiran Duta China ke negara itu, Wang Yu, pemangku Menteri Pendidikan Tinggi kerajaan sementara Afghanistan, Abdul Baqi Haqqani dan Presiden Universiti Kabul, Osama Aziz.

    Abdul Baqi Haqqani berkata pihaknya amat menghargai sumbangan yang diberikan itu dan mengucapkan terima kasih. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...