Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Vaksinasi untuk kanak-kanak di Labuan bermula Isnin

    LABUAN, 4 FEB – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids)  akan dilancarkan di sini, Isnin ini (7 Februari).

    Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata dijangkakan lebih 10,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun layak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

    “Kami akan secara rasmi memulakan vaksinasi untuk kanak-kanak pada Isnin ini di Hospital Labuan dan kita harapkan sambutan yang baik daripada ibu bapa,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Dr Ismuni berkata pihak-nya mungkin bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Labuan bagi melaksanakan program itu di sekolah-sekolah bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin.

    Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Yusup Mohamad terdapat lebih 8,000 murid Tahun Satu hingga Tahun Lima di 17 sekolah rendah di pulau ini. 

    Sementara itu, Dr Ismuni berkata bergantung pada maklum balas daripada ibu bapa, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada di Dewan Darul Kifayah juga boleh digunakan bagi mempercepatkan pelaksanaan program itu.

    Dianggarkan seramai empat juta kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di seluruh negara layak menerima vaksin tersebut dan setakat 1 Feb lepas, sebanyak 517,107 kanak-kanak telah didaftarkan menerusi aplikasi MySejahtera.

    Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata vaksin itu akan diberi secara percuma kepada semua kanak-kanak yang tinggal di Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan mereka. – Bernama

    Seorang kanak-kanak memakai kostum adiwira ‘Spider-Man’ ketika mendapatkan suntikan vaksin pada Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKIDS) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena, Bukit Jalil semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...