Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Vietnam haramkan penggunaan plastik mulai 2030

    HANOI, 15 MEI – Vietnam akan mengharamkan penggunaan beg plastik menjelang 2030, termasuk yang digunakan di pasar-pasar basah, menurut laporan agensi berita Vietnam, kelmarin.

    Negara itu turut menyasarkan penggunaan 100 peratus beg mesra alam di pusat-pusat komersial dan pasar raya menjelang 2025, agensi berita memetik kenyataan Kementerian Sumber Semula jadi dan Alam Sekitar.

    Tinjauan oleh Institut Strategi dan Dasar bagi Sumber Alam Sekitar di kementerian itu menunjukkan sehingga 104,000 beg plastik pakai buang telah digunakan di pasar raya-pasar raya di Vietnam setiap hari, bersamaan dengan 38 juta beg setahun.

    Penduduk Vietnam menggunakan kira-kira 3.9 juta tan plastik setiap tahun, namun hanya 1.28 juta tan plastik yang di kitar semula, menurut laporan Bank Dunia.

    Plastik sering digunakan dalam pelbagai industri di negara itu, termasuk pembungkusan, barangan, bahan elektronik, automotif, penerbangan, tekstil dan pertanian, tambah laporan tersebut. – Xinhua

    Seorang penjual membungkus buah tembikai menggunakan plastik. Vietnam akan mengharam-kan penggunaan beg plastik menjelang 2030. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...