Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Watak Kirana bawa Nad jadi calon AACA 2022

    Penangan watak Kirana yang dilakonkan dalam drama Dendam Seorang Isteri membawa tuah kepada Nad Zainal yang terpilih sebagai wakil Malaysia dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik pada Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022.

    Nad tidak menyangka watak antagonis lakonannya yang dikecam penonton, memberi memberi impak positif sehingga terpilih bersaing pada AACA 2022 yang disertai penggiat seni di rantau Asia Pasifik, Disember depan.

    “Apabila dapat tahu, saya gembira dan terkejut. Namun, jujurnya, saya tidak letakkan apa-apa harapan melalui watak Kirana itu.

    “Namun, saya percaya ini adalah rezeki anak-anak saya Alhamdulillah,” katanya kepada BH Online.

    Nad yang diumumkan sebagai National Winner lalu layak mewakili Malaysia pada Malam Gala AACA 2022, akan bersaing dengan calon lain pada acara anugerah yang akan berlangsung di Dewan Chijmes, Singapura, selama dua hari mulai 7 Disember depan.

    Nad tidak sangka watak antagonis dilakonkan dalam drama rantaian Dendam Seorang Isteri mendapat perhatian penonton. – Agensi

    AACA 2022 dianjurkan bagi meraikan kandungan dan karya kreatif terbaik di rantau Asia Pasifik.

    Selain Nad, pelakon, Beto Kusyairy terpilih sebagai wakil Malaysia dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik melalui drama Scammer 2.

    Nad bersyukur watak antagonis dibawanya dalam drama Dendam Seorang Isteri bersaing dengan pelakon utama terbaik di Asia Pasifik.

    “Jarang watak antagonis diangkat sebagai pilihan atau menjadi karakter yang penonton suka.

    “Kalau tanya, saya pun tidak tahu kekuatan Kirana. Ia terletak kepada penonton yang menilai.

    “Saya suka watak Kirana kerana dalam sikapnya yang daring, dia ada sisi kemanusiaan.

    “Selalunya, kalau jahat, watak itu jahat semata-mata. Namun, melalui watak Kirana, dia ada motivasi mengapa berkelakuan jahat,” katanya.

    Bagi Nad, penghayatannya melalui watak antagonis itu menyerlah mungkin disebabkan dia jarang menghidupkan karakter seumpama itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...