Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Webinar kupas sistem insolvensi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong menggalakkan institusi, pengamal, penggubal undang-undang, penggubal dasar dan mahkamah bekerjasama untuk memudahkan penstrukturan semula dan sistem insolvensi yang berkesan ketika berucap pada perasmian Insolvency Training Programme for the Brunei Courts, the Attorney General’s Chambers, the Law Society, Banks and Financial Regulators.

    Beliau menekankan keperluan semua pihak berkepentingan menyedari kepentingan ekosistem insolvensi dan penyusunan semula yang berkesan untuk membawa manfaat kepada ekonomi tempatan dalam menggalakkan keusahawanan, akses kepada kewangan dan pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam iklim ekonomi semasa dalam konteks pasca pemulihan COVID-19.

    Badan Kehakiman Brunei dan Badan Kehakiman Singapura bekerjasama dalam program yang dihoskan dan dianjurkan oleh INSOL International. Program latihan selama tiga hari itu diadakan sebagai webinar dan merupakan acara penting serta yang pertama seumpamanya di Brunei Darussalam dalam menghimpunkan pemain utama dalam insolvensi domestik dan landskap penstrukturan semula.

    Program ini merangkumi topik termasuk Pengalaman Insolvensi Peribadi di Singapura dan Australia, Trend dan Amalan Semasa dalam Undang-undang Insolvensi dan Penstrukturan Semula dan Insolvensi MSME.

    Program latihan itu menampilkan barisan penceramah antarabangsa terkemuka, termasuk dari Mahkamah Tinggi Singapura, Pejabat Insolvensi dan Pemegang Amanah Awam Singapura (IPTO), Pihak Berkuasa Keselamatan Kewangan Australia (AFSA), INSOL International, Universiti Pengurusan Singapura, Bank Dunia, Kementerian Undang-undang Singapura dan DHC Capital.

    Program ini bermula pada 8 September dengan ucapan perasmian oleh Ketua Hakim Negara.

    Dalam ucapannya, beliau berterima kasih kepada INSOL International dan Hakim Kannan Ramesh dari Badan Kehakiman Singapura kerana melaksanakan program latihan itu.

    Ketua Hakim Negara berkata, melalui inisiatif ini, ia diharapkan dapat melengkapkan semua pihak berkepentingan dengan lebih banyak pengetahuan dan kepakaran mengenai insolvensi dan sistem penstrukturan semula kerana ia melibatkan pelbagai disiplin yang menggabungkan aspek perundangan, ekonomi, teknikal dan fiskal.

    Peserta program latihan terdiri daripada hakim dan pegawai kehakiman dari Badan Kehakiman Brunei, pegawai dari Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri, ahli Persatuan Undang-undang, wakil dari pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan, bank, institusi kewangan dan pengawal selia.

    Dato Seri Paduka Steven Chong ketika berucap pada perasmian Insolvency Training Programme for the Brunei Courts, the Attorney General’s Chambers, the Law Society, Banks and Financial Regulators baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...