Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Yayasan hulur $78,200 untuk majlis sempena Maulidur Rasul

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Sumbangan berjumlah $78,200 telah diberikan kepada sebanyak 74 buah masjid, surau dan balai ibadat bagi mengadakan majlis atau aktiviti sempena Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1444H/2022M.

    Majlis penyampaian sum-bangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) itu berlangsung di Dewan An Naura, Tingkat 2, Kompleks Yayasan, di ibu negara, hari ini.

    Sumbangan telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan.

    Sumbangan tersebut telah diberikan kepada 32 buah masjid, surau dan balai ibadat di Daerah Brunei dan Muara; 23 buah di Daerah Tutong; lapan buah di Daerah Belait dan 11 buah di Daerah Temburong dan diterima oleh imam-imam masjid, surau dan balai ibadat berkenaan.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan.

    Sumbangan kewangan berkenaan adalah selaras dengan dasar dan tujuan Yayasan dalam mempertingkatkan syiar Islam di negara ini sempena sambutan berkenaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyerahkan sumbangan kepada salah seorang wakil masjid, surau dan balai ibadat bagi mengadakan majlis atau aktiviti sempena Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1444H/2022M.
    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...