Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Yoe hanya selesa dengan Syahmi

    “Saya tak mahu orang lain… Syahmi sahaja.” Itu jawapan pelakon komedi dan YouTuber popular, Yoe Parey apabila ditanya keterbukaan membintangi naskhah selain arahan sahabatnya, Syahmi Sazli.

    Yoe yang tampil dengan filem baharu arahan Syahmi dan Senibayan iaitu 35mm memberitahu, dia menolak tawaran daripada penerbit lain.

    “Orang lain pernah datang ke rumah pujuk saya, tetapi saya tidak mahu… Saya tolak.

    “Saya fikirkan Syahmi sahaja. Saya selesa berlakon dengan Syahmi sebab dia kenal saya bertahun-tahun.

    “Kalau orang lain tanya, saya senyap terus,” katanya pada majlis mempromosikan filem 35mm di sebuah premis acara di ibu negara.

    Yoe berkata, soal bayaran bukanlah isu utama kerana dia berlakon disebabkan minat. Tambahnya, dia cukup teruja beraksi dalam filem pengembaraan, fantasi dan komedi itu.

    “Saya seronok dan bersemangat untuk tampil dengan filem ini. Saya harap filem ini mendapat sambutan sama seperti filem kami terdahulu, Mael Totey The Movie.

    “Saya juga berharap filem ini disambung sebab saya suka menjayakannya. Walaupun penat, saya terus jalan,” katanya.

    Selain Yoe dan Asif, filem 35mm adalah Kenji Sawahii, Puteri Kapitan Hung, Hushairy Hussein, Melanie Tan, Ainul Yakin, Mohammad (Abe Mat), Xing Hu, MN Badri, Wea Selamos dan Mamu Abu. – Agensi

    Yoe Parey memberitahu dia selesa berlakon dengan Syahmi sebab sudah mengenalinya bertahun-tahun. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...