Warga Sumbangsih Mulia bertahlil di Kubah

Warga Sumbangsih Mulia bertahlil di Kubah

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh GHK

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Kira-kira 200 orang penaja dan kakitangan dari Sumbangsih Mulia menyertai Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Bangunan Sumbangsih Mulia, Pengiran Dato Sharifuddin bin Pengiran Haji Matali dan Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

pg03_160618_d

Pada majlis itu, bacaan Surah Yasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Beribi, Haji Abdullah bin Haji Tahir.

Majlis ini merupakan acara tahunan bagi Sumbangsih Mulia sempena bulan Ramadan yang mulia untuk menyampaikan rasa hormat dan kasih sayang mereka terhadap Al-Marhum dan Al-Marhumah.

ARTIKEL YANG SAMA