Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Jepun bakal lancar jet penumpang bebas karbon

    TOKYO, 27 MAC – Jepun dijangka mengumumkan rancangan untuk membina jet penumpang generasi akan datang selepas mesyuarat jawatankuasa kerajaan hari ini, setahun selepas percubaan terakhir dibatalkan.

    Projek awam-swasta itu, yang boleh menggunakan bahan api hidrogen dalam usaha mengurangkan pelepasan, akan menelan kos sekitar lima trilion yen (AS$33 bilion), lapor media Jepun, memetik sumber yang tidak dinamakan.

    Pengumuman rasmi dijangka hari ini selepas mesyuarat tertutup ahli politik, pakar dan ahli perniagaan untuk membincangkan strategi industri penerbangan baharu.

    “Untuk industri pesawat Jepun mencapai pertumbuhan yang mampan, kami tidak boleh terus berpuas hati dengan kedudukan kami sebagai pembekal alat ganti,” beritahu menteri negeri bagi ekonomi, perdagangan dan industri, Kazuchika Iwata, kepada jawatankuasa itu dalam komen terbuka kepada akhbar pada permulaan mesyuarat itu.

    ‘Dalam bidang teknologi neutral karbon perniagaan baharu, termasuk hidrogen, kami menyasarkan untuk mengambil kedudukan utama’ dan bekerjasama dengan pemain global untuk membangunkan pesawat berbadan sempit, katanya. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...