Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    1 juta pil perangsang dirampas

    YANGON, 26 MAC – Pihak berkuasa Myanmar merampas satu juta tablet pil perangsang di sini, lapor Xinhua yang memetik laporan Myanmar Digital News lewat kelmarin.

    Pada 21 Mac, polis menerima maklumat bahawa orang dalam buruan, Thant Zin Oo dan May Yu Tun bekerjasama dalam mengangkut dadah dari Yangon ke Bandar Sittwe dan Buthidaung di negeri Rakhine.

    Berdasarkan maklumat itu, polis menyerbu sebuah rumah di kawasan perbandaran Tamwe dan menahan dua suspek yang mengangkut dadah itu.

    Siasatan berdasarkan maklumat diperoleh daripada suspek berkenaan membawa pihak berkuasa ke sebuah kapal kargo dan menemukan satu juta tablet pil perangsang bernila AS$476,000. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...