Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    11 mayat ditemukan di perairan Indonesia

    JAKARTA, 26 MAC – Sekurang-kurangnya 11 mayat dipercayai pelarian ditemukan di perairan Indonesia berhampiran wilayah Aceh sejak Sabtu menurut media tempatan dan agensi menyelamat, lapor Xinhua.

    Penemuan mayat berkenaan adalah selepas sebuah bot membawa lebih 100 orang tenggelam di perairan Aceh minggu lepas. Lebih daripada 75 pelarian diselamatkan tetapi ramai lagi dilaporkan hilang.

    Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Banda Aceh, Ibnu Harris Al Hussain berkata agensi itu telah mengeluarkan enam mayat wanita kelmarin selepas menerima maklumat daripada nelayan tempatan. “Kami mengeluarkan sebanyak 10 mayat antara Sabtu dan Isnin,” kata Hussain.

    Satu lagi mayat juga ditemukan di barat Aceh dan kesemua mayat dikebumikan di tanah perkuburan tempatan. Sementara itu, kesemua yang terselamat dihantar ke jabatan imigresen negara itu dan mereka kini berlindung di barat Aceh. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...